![]() |
PHOTO CREDIT : EN CHE MAT HAKIMIE |
Sa
wa Dee kaa kawan -kawan dunia Muay. Hari
ini, kakak Vern bercadang hendak membuat post kakak menggunakan
Bahasa Melayu.
Sebelum saya bermula, izinkan saya dahulu menceritakan sebuah kisah benar yang telah berlaku ke atas diri saya beberapa bulan yang lalu..
***************************************************************
Bunyi
musik Sarama yang unik
memenuhi seluruh tapak perlawanan, dua peninju wanita berada diatas
pentas, mengeliling gelanggang sambil berhenti di setiap penjuru ,
mulut mereka kumat kamit membaca sesuatu, selepas itu, mereka membuat
3 pusingan di atas pentas, dan kemudiannya upacara menari yang pelik
dilakukan.
Gadis molek yang tidak asing lagi dalam arena muay thai sebelah utara mempersembahkan Ram Muay beliau yang cukup cantik. Ram Muay beliau yang telah dipopularkan oleh Buakaw mengisahkan cerita Rama memburu kancil (Pra Ram Tam Gwang).
Penyokong- penyokongnya melihat dari bawah sambil bertepuk tangan bersorak. DJ Yatim
menjerit ke dalam mikrofon yang dipegangnya ''
cantik sekali tarian sembah guru yang
dilakukan!!''
Terus terang, saya tak pernah pergi ke perlawanan muaythai untuk tengok orang bertumbuk. Kenapa? orang terlalu ramai, asap rokok terlalu tebal, dan kadang kala diraba secara tiba-tiba tanpa disedari. Lain kalau di Siam, sebab persekitarannya dan feel nya lain ok.
Tapi hari ini, saya bercadang untuk tenangkan fikiran dengan memberi sokongan pada nak muay yang lain, lagipun , saya lapar selepas menimbang berat untuk perlawanan saya nanti.
Ketika
fikiran saya masih runsing terhadap perlawanan saya dan kemungkinanya terpaksa menampung berat lawan, Mamat Rocker tepi saya yang memakai baju
''muaythai'' edisi Padang Besar dengan penuh emosi berkata''
woi, lawan la. Menari apa lagi. Orang
datang nak tengok lawan, bukan menari ?''
Terbukti sekali sedang memarahi peninju di atas gelanggang pada ketika itu.
Reaksi
instant
saya ....
what the fuck? APAKAH
JADAH?!
**************************************************************************************
Jadi kembali kepada perbincangan kita hari ini, apakah WAI KRU RAM MUAY , mengapa peninju melakukannya diatas
gelanggang dan mengapa harus anda menghormatinya.
Sebagai permulaan, Wai Kru Ram Muay merupakan satu upacara dalam seni sukan MuayThai dan kebiasaannya dilakukan sebelum berlawan tetapi dalam zaman ini kepentingannya sering dilupakan dan maknanya kerap kali disalah tafsir.
Tanggapan
yang salah berkenaan dengan Wai Kru Ram Muay ialah ia merupakan satu
upacara agama Buddha. Akan tetapi, kita harus faham, di Thailand banyak bangsa
yang memeluk agama berlainan dan mempunyai banyak adat yang unik dalam budaya mereka, salah satunya adalah upcara Wai Kru Ram Muay.
Setiap
Wai Kru Ram Muay ialah unik kepada peninju yang berlainan.
Kebiasaannya , Wai Kru akan melambangkan identiti seseorang peninju
tertentu. Akan tetapi, ramai peninju yang enggan melakukan upacara sembah pentas, mungkin kerana beberapa faktor
1)
tak erti dan tak mahu belajar
2)
salah faham makna WaiKru
3)
malu
Tidak
perlu risau, dengan Bahasa Melayu saya yang dahulu kala A
(LEVEL SPM) , (
sekarang macam taik
) saya akan terangkan secara asasnya
, APAKAH ITU WAI KRU RAM MUAY
( daripada apa yang aku fahami la ok)
Kita akan terlebih dahulu memahami lagi mendalam dengan membahagikan upacara Wai Kru Ram Muay kepada 2 iaitu ;
PART 1: WAI KRU
PART 2 : RAM MUAY
PART 1: WaiKru
Ok,
pertama sekali, kita harus tahu , apakah
itu maksud ''WAI''.
Apabila kita
melawat negara jiran , Thailand, kita banyak terlihat cara
penghormatan diberi , ibarat salam ,ialah dengan merapatkan kedua-dua
tangan ke bahagian dada dan menunduk kepala. Itu la ''wai''
. ''KRU
'' pula
bermaksud Cikgu, Guru, Coach .
Jadi bagaimanakah Wai Kru dilakukan di atas gelanggang?
Sejurus
peninju naik ke gelanggang, dan referee habis memeriksa
mereka, music Serama
akan dimainkan dan peninju
akan berjalan lawan arus jam ke setiap bucu dengan tangan kanannya di
atas tali, dan tangan kirinya diangkat , sambil berhenti dan membaca
doa/mentera di setiap penjuru.
![]() |
IKHMAL BORAN SPT membaca doa di penjuru |
Di
Siam, mereka membaca
mentera perlindungan , tetapi di Malaysia , bacalah doa agama
masing-masing. Nasihat saya, jangan baca panjang sangat nanti ada pula yang suka mengata benda
merepek kononnya anda baca sihir.
Kepercayaan di Siam adalah ini dilakukan untuk ''mematerai'' gelanggang daripada unsur-unsur negatif luar dan memberi perlindungan kepada peninju-peninju sendiri daripada segala anasir-anasir jahat di luar gelanggang. Mana nak tahu, kalau ada ''penjaga'' yang ingin masuk sekali dengan Tuan mereka.
Selepas
ini dilakukan, peninju akan ke tengah gelanggang and bersujud kearah
sudut masing-masing dan melakukan ''WAI
KRU''
.
Asal dalam kepercayaan Buddha, Wai akan dilakukan 3 kali , untuk
Penghormatan
pada Buddha,
Sanga
(sami ), dan Dharma
(
ajaran Buddha)
.
Akan
tetapi, tiga sujud yang dilakukan di upacara Buddha tidak sama dengan
yang ada di Wai Kru. Di Muay Thai , sujud kita adalah pada Ibu bapa, Trainer dan Negara kita.
Sebagai contoh, sesetengah
tempat seperti Selatan Thailand yang mempunyai komuniti Islam yang
terbesar dan ramai peninju beragama Islam yang terkenal (seperti
Namsaknoi).
Tetapi dalam kepercayaan Islam, menunduk kepada sesiapa selain daripada Tuhan adalah dilarang keras. Jadi, banyak peninju Islam tidak melakukan Wai Kru , tetapi menggantikannya dengan upacara membaca doa dan meminta perlindungan daripada Allah sebelum memulakan upacara Ram Muay.
Tetapi dalam kepercayaan Islam, menunduk kepada sesiapa selain daripada Tuhan adalah dilarang keras. Jadi, banyak peninju Islam tidak melakukan Wai Kru , tetapi menggantikannya dengan upacara membaca doa dan meminta perlindungan daripada Allah sebelum memulakan upacara Ram Muay.
![]() |
Ramli Warna membaca doa |
Seperti
yang telah saya katakan , setiap Wai Kru adalah unik dan tidak ada betul
atau salahnya. Yang penting ialah niat kita semasa melakukan Wai Kru tersebut. Agenda sebenar Wai Kru adalah sebagai tanda berterima kasih kepada cikgu.
PART 2: Ram Muay
![]() |
Zahir SPT melakukan Ram Muay |
RAM
: tarian
MUAY
: Seni Muay
Selepas
upacara Wai Kru, Fasa
Kedua Ram Muay
pula
dilakukan. Ram Muay sebenarnya penting untuk memberi persediaan mental dan
konsentrasi (
betul
ka ejaan?)
. Setiap Peninju mempunyai tarian yang berbeza -beza, samada mengikut
Gym atau tokguru, ataupun tempat asal mereka.
Ram Muay biasanya diajar oleh Tok Guru kepada anak-anak murid mereka, dan sering kali mencerminkan semula dimanakan asal usul peninju tersebut. Tetapi pada zaman teknologi ini, ramai yang belajar dari YouTube juga dan mengubah suai sana sini untuk menjadikan sesebuah Ram Muay ini lagi peribadi.
Ram Muay biasanya diajar oleh Tok Guru kepada anak-anak murid mereka, dan sering kali mencerminkan semula dimanakan asal usul peninju tersebut. Tetapi pada zaman teknologi ini, ramai yang belajar dari YouTube juga dan mengubah suai sana sini untuk menjadikan sesebuah Ram Muay ini lagi peribadi.
Anda mungkin juga pernah melihat sesetengah peninju mempersembahkan aksi Tuhan Rama menembak panah ke arah lawan untuk membunuh semangat mereka, dan ada juga yang membuat aksi membuat kubur untuk lawan mereka. Secara peribadi, saya pernah melihat ada yang menulis nama lawan menggunakan kaki di sudut lawan ( menggunakan kaki adalah tanda tidak menghormati) dan menghentak kaki mereka sebanyak tiga kali. ini dilakukan semua untuk menjatuhkan semangat lawan mereka.
Secara
kesimpulannya, apakah sebenarnya fungsi Wai Kru Ram Muay ?
- Memberi penghormatan pada Tokguru, ibu bapa, Tuhan, kawan-kawan.
- Lambang setiap kelab. kadang kala, peninju mempunyai tarian yang spesifik kepada kelab masing masing.
- Pengiktirafan pada sesiapa yang pernah membantu perjalanan ke arah menjadi seorang peninju.
- ''kunci'' gelanggang daripada unsur -unsur negative dari luar.
- Memanaskan badan and stretching otot-otot sebelum perlawanan.
- Menenangkan minda dan mengilangkan rasa takut atas gelanggang secara tidak lansung menaikkan taraf keyakinan diatas gelanggang.
- Menakutkkan pihak lawan dengan keyakinan diri yang tinggi
- Meniliti pihak lawan ketika mereka sedang melakukan WaiKru.
- Apabila menari dan berjalan atas gelanggang, kita dapat merasai di mana tempat yang tidak rata , dimana tempat yang tidak stabil untuk berdiri, alang2 boleh testing tapak perlawanan dan mengetahui keadaan gelanggang.
MuayThai
merupakan seni, warisan, dan budaya kepada orang
Siam dan WaiKru merupakan sebahagian daripada tradisi tersebut . Seseorang peninju MuayThai harus mempunyai tanggungjawab untuk melakukan WaiKru yang cantik dan
bermakna dan tidak harus memperlekehkannya.
Seperti juga pesilat belajar silat, pembelajaran silat juga akan dipecahkan kepada bunga dan buah. Setiap pergerakkan ada maknanya dan kami menghormati pesilat apabila mereka buka buah, bukan?
Bagaikan Bunga silat, Wai Kru juga ialah sebahagian penting dalam sukan MuayThai yang dilakukan sebelum perlawanan . Mungkin di Siam, Wai Kru banyak melibatkan aspek kerohanian dan kepercayaan , tetapi, Wai Kru juga boleh dilakukan berdasarkan agama dan kepercayaan masing-masing.
Lepas
ini, jangan pula ada Nak Muay yang masih tidak faham lagi erti Wai Kru. jika tak faham, maka tak tahu. Belajar la Wai Kru
kerana ia sebahagian daripada MuayThai juga. :) Wai Kru Ram Muay
ialah sebuah adat istiadat yang unik yang mampu memisahkan Muay Thai
dari seni mempertahankan diri yang lain dan adalah sesuatu yang tidak
harus dilupakan.
Kalau tidak pun, sekurang kurangnya anda akan dapat gambar yang cantik masa buat Wai Kru :) Of course, pastikan anda ada photographer hebat di tapak perlawanan ok.
![]() |
PUVAN Z1 . |
Juga
harus diutamakan, apabila WaiKru dilakukan, Mongkon harus dipakai
diatas kepala. Kepentingan Mongkon, kita cerita entri seterusnya ok :)
Photo
credits to : En Che Mat Hakimie, Miss Ai Yin, and myself.